PROSES PENGHASILAN MINIATURE PERAK MAN
: BAHAN MENGGUNAKAN TANAH LIAT :
: 10 GAMBAR MIMIK MUKA MINIATURE PERAK MAN :
MODEL 1
MIMIK MUKA 1
MIMIK MUKA 2
MIMIK MUKA 3
MIMIK MUKA 4
MIMIK MUKA 5
MODEL 2
MIMIK MUKA 1
MIMIK MUKA 2
MIMIK MUKA 3
MIMIK MUKA 4
MIMIK MUKA 5
PENGENALAN "PERAK MAN"
SEJARAH PERAK MAN
Orang Perak atau Perak Man merupakan
rangka manusia tertua yang pernah dijumpai di Malaysia.
Tulang rangka Perak Man telah dijumpai pada 1991 di dalamGua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, di Lembah Lenggong, Hulu Perak pada ketinggian lebih
kurang 105 meter dari paras laut. Penemuan ini adalah hasil dari penyelidikan
yang dibuat oleh Malaysian
Archaeological Research Centre USM yang
diketuai oleh Datuk Prof Zuraini Majid, dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia.
Antara penemuan terpenting adalah rangka tulang Perak Man yang berumur antara 10,000-11,000
tahun. Perak Man adalah rangka tulang
manusia dari zaman batu era Palaeolithic hampir sempurna yang ditemui di Asia Tenggara dan merupakan tulang
prasejarah yang mempunyai congenital
deformity yang dikenali
sebagai Brchymesophalangia. Perak
Man telah dikebumikan dengan
posisi "foetal", iaitu kedua kakinya berlipat ke arah dada dengan
tangannya memegang beberapa jenis daging. Ia dikebumikan dengan beberapa
peralatan batu dan beribu-ribu kerang sungai. Melihat kepada kedudukan cara pengkebumiannya
dan peralatan yang ditanam bersamanya, adalah dipercayai bahawa Orang Perak
merupakan ahli penting bagi puaknya. Perak Man adalah lelaki berumur
antara 40-45 tahun dengan ketinggian 157 cm, menjalani kehidupan sihat, memakan
makanan berfiber dan berjalan dengan membongkok. Dia memiliki tangan kiri yang
lemah ("atrophied ") dan satu jari cacat.
Gua Teluk Kelawar terletak di gunung
batu kapur Kepala Gajah. Gua ini telah membentuk beberapa tempat berteduh yang
didiami oleh beberapa keluarga sejak 10,000 tahun dahulu seperti yang didapati
melalui penyelidikan yang dijalankan oleh Malaysian
Archaeological Research Centre USM. Perak Woman pula telah ditemui
pada 2004. Ia
merupakan tulang berumur 8,000 tahun yang dijumpai di dalam Gua Teluk Kelawar
di Lenggong.Pada
30 Jun lepas warisan arkeologi Lembah Lenggong diiktiraf sebagai Tapak Warisan
Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu (UNESCO), satu pengiktirafan yang mengukir nama negara
dalam peta arkeologi dan pelancongan dunia.
No comments:
Post a Comment