Sunday 12 October 2014

PENGENALAN ARCA

APA ITU ARCA?
       : Definisi Arca :

- ARCA ialah hasil karya seni halus dalam bentuk 3D (ekspresif) yang berfungsi untuk memenuhi kehendak estetik individu. Seni arca tidak sama seperti seni tampak yang lain disebabkan ciri-ciri 3D nya. Permukaannya dapat dirasai dan dapat dipandang daripada pelbagai sudut. 
-Arca dikategorikan dalam kelompok seni halus dan boleh mengeluarkan makna tertentu.
       Bidang seni halus : -Lukisan
                                    -Catan
                                    -Cetakan
                                    -ARCA

-Seni halus merupakan karya seni yang mempunyai nilai estetik(keindahan) yang tinggi dengan menggabungkan UNSUR SENI dan PRINSIP REKAAN.

         : Sejarah Arca Malaysia :

-Tidak seperti catan, seni arca tidak berkembang luas di Malaysia. Dikatakan pengarca yang telah membina arca estetika moden hanya muncul pada pada sekitar tahun 1960-an.  Beberapa pengarca yang terkenal di Malaysia ialah :

  • Anthony Lau
  • Latiff Mohidin
  • Syed Ahmad Jamal
  • Lee Kian Seng. 
  • Raja Shariman
  • Chin Wan Kee
  • Wong Pei Yu 

         :Tokoh Arca yang menjadi pilihan :
                   -Raja Shariman-



Pengenalan sedikit tentang diri beliau:
- Raja Shahriman Raja Aziddin merupakan tokoh yang saya kagumi untuk bidang ini kerana saya sendiri pernah bertemu dengan beliau dan melihat sendiri proses penghasilan arcanya di kediamannya di Perak. Beliau di lahirkan pada 17 November 1967 iaitu di Kuala Kangsar,Perak. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang Dip in Art Design (Fine Art) UTM (Majoring Sculpture).
Beberapa contoh pameran yang telah diadakan pada tahun 2009 iaitu 3D to 2D Sculpture Studies
,Pelita Hati House of Art,Kuala Lumpur dan pada 1992 beliau pernah mengadakan pameran Young Contemporary di National Art Gallery, Kuala Lumpur.

            
      : Jenis Arca :
-Arca Mobail

ALEXANDER CALDER
American, 1898-1976)
The Star, 1960
Polychrome sheet metal and steel wire
35 3/4 x 53 3/4 x 17 5/8”


-Arca Stabail


Calder, Alexander
"Stabile, Paris-La-Défense" - (1976)


-Arca Timbulan


-Arca Kinetik
-Arca Replicate




rca merupakan bentuk citra dalam susunan tiga dimensi (3D) untuk dikdan dinikmati nilai estetikanya.arca tidak sama dengan seni tampak yang lain

No comments:

Post a Comment